Pemain muda wanita B-17 Liverpool, Amber Low, dalam satu kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini berkongsikan dia memiliki darah keturunan Johor, Malaysia.
Dia bersama skuad kebangsaan Wales B-17 ketika berdepan skuad Portugal B-17 baru-baru ini dengan dia turun beraksi selama 43 minit.
Menerusi MakanBola berkongsikan: "Beliau telah pun tampil bersama pasukan kebangsaan Wales B-17 dalam beberapa aksi termasuklah tampil begitu cemerlang pada Kejohanan Pembangunan UEFA menentang Albania dan menjadi pemain terbaik perlawanan (MOTM)." kongsinya.
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pemain berusia 16 tahun itu yang berpotensi menyarung jersi Malaysia.