Skip to main content

Sukan SEA

(Video) Sukan SEA 2025: Ketegangan cemari aksi silat Malaysia-Thailand, cetus tanda tanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Tular di media sosial berkenaan satu insiden panas membabitkan sukan pencak silat dalam Sukan SEA Thailand di Impact Arena Muang Thong Thani, semalam.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian video, berlaku ketegangan mencemari aksi kem negara menentang tuan rumah, namun butiran lanjut masih tidak diketahui punca sebenar.

Komen orang ramai bahawa difahamkan, pasukan kebangsaan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dengan mendakwa mata tidak diberikan kepada Malaysia, malah menyebelahi tuan rumah.

 

@leo.commentator Xô xát giữa ban huấn luyện Pencak Silat Malaysia vs Thái Lan, BTC phải gọi cảnh sát hỗ trợ an ninh #SEAGames2025 #pencaksilat #thailand #malaysia ♬ original sound - Tinh Hoa Võ Thuật

 

Pegawai keselamatan turut membantu meredakan keadaan bagi mengelakkan sebarang situasi lebih mencemaskan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak tentang kejadian tersebut.

Teruskan menyokong wakil Malaysia! 

Must Watch Video