Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Penyokong Negeri Sembilan tunjuk duit, pengadil diiring keluar pegawai keselamatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Paroi

Bagaikan deja vu untuk penyokong Negeri Sembilan.

Rata-rata peminat tuan rumah yang hadir ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan usai tewas 0-1 pada minit akhir kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian Astro Arena, penyokong Hobin Jang Hobin berasa marah dengan beberapa keputusan S. Logeswaran sepanjang perlawanan, dan video tersebut mendapat perhatian sosial media sehingga tular.

Gelagat salah seorang peminat yang menunjukkan wang kertas ke arah pengadil paling mencuri tumpuan.

Selepas wisel penamat dibunyikan, barisan pengadil segera beredar meninggalkan padang sambil diiringi pegawai keselamatan.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Nidzam Jamil hampir mencalarkan rekod kemenangan bersih Harimau Selatan dalam saingan Liga Super apabila jelas memberikan mereka kesukaran mencari jaringan.

Manuel Hidalgo muncul wira pasukan bimbingan Xisco Munoz itu apabila menanduk masuk lintangan Oscar Arribas untuk menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Azri Ghani.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama skuad Jang di tempat sendiri.

Peristiwa permainan itu, sekali gus mengulangi drama minit akhir Negeri Sembilan bertemu JDT pada 2022 di tempat sama dengan Fernando Forestieri menjadi wira ketika itu.

 

Must Watch Video