Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Chelsea minta penyokong waspada tahap keselamatan di Naples

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Juara-Juara, UCL

Chelsea memperingatkan penyokongnya agar mengambil langkah berjaga-jaga di Naples selepas dua peminat terpaksa menerima rawatan di hospital menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di bandar Itali itu.

Napoli dan Chelsea bertemu di Stadium Diego Armando Maradona awal pagi esok bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pertandingan itu.

Advertisement

"Kelab menyedari insiden yang berlaku di Naples pada petang Selasa," Chelsea menyiarkan di akaun rasmi X mereka.

"Dua peminat sedang dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

"Kelab ingin mengingatkan semua penyokong supaya berhati-hati ketika berada di bandar dan mengambil perhatian terhadap nasihat yang dikongsi sebelum perlawanan ini."

Chelsea berharap dapat menamatkan saingan dalam kelompok lapan teratas fasa kumpulan UCL untuk menjamin tempat dalam pusingan 16, sekali gus mengelakkan pusingan playoff pada bulan depan.

Must Watch Video