Tular satu video menyaksikan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, menunjukkan kemahiran memasak burger mendapat perhatian umum di media sosial.
"Dah boleh buka perniagaan," kata salah seorang komen.
Advertisement
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu menerusi perkembangan minggu lalu sudah kembali ke Pusat Latihan Padang Seri Gelam selepas kembali daripada kecederaan hamstring.
Arif Aiman menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.