Skip to main content

Bola Sepak

TMJ lancar wata wang kripto dengan nama RMJDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TMJ

Satu lagi kemajuan terbesar di bawah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan kali ini memberi fokus terhadap ekonomi digital selain pentadbiran negeri Johor mahupun perkembangan sukan.

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memperkenalkan RMJDT iaitu stablecoin pertama disandarkan ringgit yang dilancarkan di atas rantaian blok Zetrix, platform teras di bawah Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).

Advertisement

Meninjau laporan akbar tempatan, mata wang tersebut dibangunkan untuk mengukuhkan penggunaan ringgit, di samping membuka laluan baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Bagi menyokong pelaksanaan stablecoin itu, Bullish Aim turut menubuhkan sebuah syarikat perbendaharaan aset digital, Digital Asset Treasury Company (DATCO), dengan peruntukan awal RM500 juta dalam token Zetrix. Nilai itu dirancang meningkat sehingga RM1 bilion bagi memastikan kestabilan kos transaksi dan kecekapan operasi rangkaian.

DATCO juga akan melakukan 'staking' token Zetrix bagi menyokong sehingga 10 peratus nod validator dalam MBI, sekali gus mengukuhkan daya tahan ekosistem Web3 negara serta meningkatkan keselamatan dan kebolehskalaan rangkaian.
 

Must Watch Video