Tekong Kelantan Warriors, Faisal Fuad, tampil memohon maaf kepada Fahmi Khalid, di atas tindakan provokasinya ketika perlawanan dramatik suku akhir CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) Grand Prix (GP) Penang pada Sabtu yang berlangsung selama 119 minit.
Mengakui dirinya masih belajar untuk menjadi pemain yang lebih baik, Faisal bagaimanapun menganggap perang psikologi serta pengurusan rentak perlawanan sebagai sebahagian daripada persaingan.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut menghormati keberanian Fahmi Khalid yang turut tampil memohon maaf sambil menyifatkan tekong ATM Guardians itu mempunyai potensi untuk melangkah jauh dalam arena sepak takraw.
Untuk rekod, Faisal berjaya membantu Kelantan Warriors menamatkan saingan GP Penang di kedudukan ketiga selepas menewaskan Kedah Eagles dengan keputusan 2-1.