Skuad bola sepak wanita Sabah akan menjadi wakil negara ke Liga Juara-Juara Asia Wanita (AWCL) musim hadapan selepas menewaskan Selangor 1-0 dalam perlawanan akhir Liga Wanita Nasional (LWN) di Cheras malam tadi.
Drama minit akhir menyaksikan pemain import, Enzi Broussard, menjaringkan gol pada minit ke-89, sekali gus membawa skuad kendalian Bobby Gonzales kembali ke pentas Asia musim hadapan.
Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan liga kedua berturut-turut buat juara bertahan.