Wartawan Astro Arena yang bertugas di lokasi, Karl Nunis, sempat meninjau perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan reaksi penyokong yang kecewa dengan situasi semasa.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebentar tadi secara rasminya mengesahkan bahawa perlawanan minggu pertama Liga Super membabitkan tuan rumah, Negeri Sembilan, melayani kunjungan Kuala Lumpur (KL) City tidak dapat dilangsungkan petang ini.
Reaksi terkini di PAROI apabila MFL umum aksi Negeri Sembilan lwn KL City ditunda.
Majoriti penyokong kesal dengan senario yang melanda pada aksi pembukaan musim baru.@ASTROARENA pic.twitter.com/LHGUE1cZvT— karlnunis (@_karlnunis) August 22, 2026