Negeri Sembilan sebentar tadi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung ketiadaan perlawanan Liga Super minggu pertama menentang Kuala Lumpur (KL) City yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi petang ini.
Berdasarkan kenyataan daripada pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), punca aksi tidak dapat dilangsungkan kerana hampir separuh pemain KL City disahkan mengalami penyakit influenza dengan simpton demam, batuk, selsema dan cirit-birit.
Skuad Jang mengakui kecewa dengan perkara tersebut sambil menegaskan persiapan penganjuran daripada segi logistik, keselamatan serta pasukan perubatan telah menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Justeru pihak pengurusan menuntut supaya kemenangan percuma diberikan.
Kenyataan penuh: