Selangor mengumumkan ketibaan penggempur baharu dari Belanda, Kay Tejan, bagi menghadapi saingan musim 2026/27.
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan import kelima skuad Merah Kuning, dengan rekod beraksi dalam kempen Eredivisie bersama LKS Lodz (Ekstraklasa (divisyen utama Poland)), USL Dunkereque (Ligue 2) dan kelab Moldova, Sheriff Tiraspol.
Menurut MakanBola: "Tejan pernah membantu Tiraspol muncul juara Moldovan Super Liga dan Moldovan Cup serta beraksi dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa UEFA (UEL)."
Tejan menjadi tonggak import terbaharu Selangor selepas Peter Makrillos, Jefferson Tabinas, Eduardo Sosa dan Arbenit Xhemajli.