Kejutan di Thailand dalam sukan sepak takraw apabila wakil tuan rumah terlepas peluang ke final acara regu apabila tewas kepada Vietnam.
Peristiwa hitam skuad berpasukan lelaki Thailand berterusan susulan tewas dalam pertembungan pingat emas kepada Malaysia buat pertama kali sejak 34 tahun.
Advertisement
Kini, mereka sekali lagi dirundung kekecewaan apabila tewas dalam aksi separuh acara regu kepada Vietnam 13-15, 15-6, 9-15.
Menanti mereka adalah Malaysia di final selepas skuad negara menang ke atas Indonesia 15-7, 15-10.