Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Skuad sepak takraw tutup kempen Malaysia dengan emas terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Takraw emas

Skuad sepak takraw negara menutup kempen kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025 dengan kilauan emas terakhir apabila menewaskan Vietnam dalam final acara antara regu di Nakhon Pathom sebentar tadi.

Selepas pasukan tuan rumah, Thailand, tumbang dalam separuh akhir, ia menunjukkan Vietnam bukanlah boleh dipandang mudah tetapi Malaysia, yang menurunkan Shahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) selaku trio pemula, mempamerkan dominasi untuk memenangi set pertama 15-9.

Advertisement

Dalam set kedua, Malaysia berdepan kesukaran pada awal saingan sehingga memaksa time-out di kedudukan 2-5 dan kemudian memasukkan tekong simpanan, Haziq Hairul Nizam.

Kemasukan itu mengembalikan penguasaan Malaysia untuk mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 15-9.

Ia merupakan emas berganda buat skuad sepak takraw negara dalam edisi kali ini selepas turut menamatkan kemarau 34 tahun memenangi emas acara regu berpasukan dengan menewaskan Thailand minggu lalu.

 

Must Watch Video