Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Malaysia sekali lagi terlepas emas kepada Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Dewan

Reputasi skuad hoki dalam dewan lelaki negara sekali lagi tercalar apabila akur kepada Indonesia yang meraih pingat emas dalam Sukan SEA Thailand, di Bangkok sebentar tadi.

Malaysia gagal merampas kembali kuasa selaku Raja Hoki Dalam Dewan Lelaki Asia Tenggara (ASEAN) susulan dominasi berterusan Indonesia dalam dua edisi Sukan SEA.

Advertisement

Dalam edisi terdahulu di Kemboja pada 2023, Indonesia yang diketuai oleh Dharma Raj Abdullah berhasil menundukkan bekas pasukannya itu, dan magis diteruskan di Thailand.

Pada awal permainan, pihak lawan terlebih dahulu berada di hadapan 2-0, namun skuad kendalian Amin Rahim tetap tenang mencari peluang menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama.

Aksi rancak membawa kepada kedudukan 4-4 sehingga tamat perlawanan.

Dua penyelamatan penting oleh penjaga gol Indonesia menafikan hasrat Malaysia, sekali gus mengungguli penalty shootout 2-0 untuk mengulangi pencapaian lalu.

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan itu, namun misi balas dendam tetap membara menjelang penganjuran selaku tuan rumah pada 2027 nanti.  

Ketika ini, Sukan hoki kebangsaan sudah mengumpul tiga emas buat kontinjen Malaysia.

Ia menerusi hoki lima sebelah (5's) lelaki, pasukan padang lelaki dan, terbaru skuad hoki padang wanita turut mencipta kejayaan dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Must Watch Video