Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Hoki padang wanita rangkul emas kesembilan sejak 1997, mudah kalahkan Indonesia 6-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Emas lagi! Sukan hoki kebangsaan sudah mengumpul tiga emas buat kontinjen Malaysia.

Pencapaian cemerlang berterusan selepas hoki 5 sebelah (5's) lelaki, pasukan padang lelaki dan, terbaru skuad hoki padang wanita turut mencipta kejayaan dalam Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Advertisement

Tahukah anda? Ini merupakan kalungan pingat emas kesembilan buat skuad hoki padang wanita sejak 1997 dalam kejohanan Sukan Asia Tenggara (ASEAN) itu.

Dalam perlawanan akhir di Chonburi, skuad kendalian Nasihin Ibrahim itu menewaskan Indonesia 6-0, sekali gus menepati ramalan bergelar juara.

Ia, sekali gus menyaksikan kontinjen negara sudah menuai pingat emas ke-53 secara keseluruhan berbaki satu hari sahaja lagi sebelum temasya dwitahunan itu tamat esok.

Must Watch Video