Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Atlet angkat berat Indonesia dihempap beban 98kg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sarah

Ibarat peralatan makan tuan.

Sukan angkat berat wanita Sukan SEA Thailand dikejutkan dengan insiden ngeri apabila atlet Indonesia dihempap bebanan seberat 98 kilogram (kg) sewaktu percubaan keduanya dalam acara snatch, sebentar tadi.  

Advertisement

Sarah Aca yang berjaya melepasi percubaan pertama seberat 95kg tampil menambah berat untuk percubaan kedua dengan tambahan 3kg, namun tidak berhasil mengangkat sepenuhnya sebelum terjatuh ditindih peralatan itu.

Keupayaannya dinafikan bebanan itu membuatkannya terbaring di lantai, sebelum segera bangkit menuju ruang menunggu semula.

Setakat ini, belum ada laporan kecederaan yang dialami membabitkan bahagian belakang badannya.

Penonton yang hadir turut terkejut, termasuk daripada kem Indonesia sendiri yang menyaksikan perkara itu berlaku.

Keputusan akhir menyaksikan dia menduduki tempat kelima di atas Malaysia dengan campuran dua acara, clean and jerk dan snatch kategori 63kg.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sarah Aca. 

Must Watch Video