Malaysia berjaya mencapai sasaran 200 kilauan pingat!
Berbaki dua hari lagi sebelum tamat Sukan SEA Thailand 2025, kontinjen negara berhasil menggondol 200 pingat secara keseluruhan, sekali gus berpotensi menambah pungutan hingga hari terkahir.
Advertisement
Pasukan berbasikal persuit lelaki menyumbang pingat ke-200 itu selepas merangkul kejuaraan acara itu di velodrom terbuka, sebentar tadi. Malaysia mendominasi perlawanan dengan memecut laju melepasi perlumbaan Thailand, untuk mencipta kejayaan.
Lebih manis, ia merupakan emas ke-45 (setakat ini) buat kem negara dalam temasya dwitahunan itu.
PINGAT KE-200 MALAYSIA 🔥
Skuad Team Pursuit Lelaki Malaysia berjaya hadiahkan emas buat negara yang juga merupakan pingat ke-200 kontinjen sekaligus melepasi sasaran pingat yang diletakkan 🚴🔥🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/Bb7zqBRWrw— Kamal Nizam (@kamalnizamm) December 18, 2025
Terdahulu, trio memanah yang dibarisi Juwaidi Marzuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Aiman Syafiq Mohd Tariki menewaskan tuan rumah, sebelum Ridwan Sahrom (keirin) dan Aisyah Zubir (scratch) turut mendominasi sukan berbasikal.