Skip to main content

Sepak Takraw

TERKINI Sukan Asia Aichi-Nagoya: Ibarat 'mati' hidup semula! Malaysia ke final, hampiri sejarah 36 tahun

STL

Malaysia berjaya layak ke final sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas berhempas pulas menewaskan Indonesia 2-1 di Nagoya City Mizuho Park Gymnasium sebentar tadi.

Permainan ketiga sangat mendebarkan! Kebangkitan sensasi membawa kemenangan buat skuad kendalian Ahmad Jais Baharun.

Zulkifli Abd Razak atau Sobey, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi terlebih dahulu meletakkan skuad negara di hadapan 15-10 pada set pertama.

Namun, segalanya berubah memasuki set kedua apabila pihak lawan menyamakan kedudukan dengan mengikat set kedua 15-13.

Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Indonesia mengejar kedudukan 13-13 dan mencipta kejutan memenangi set penentuan itu dengan kemenangan 15-13, sekali gus memberikan mata pertama 1-0 buat negara itu.

Memasuki regu pilihan, Azlan Alias, Syahir Rosdi dan kapten pasukan, Farhan Adam, bukan masalah untuk menandingi saingan lawan apabila mudah meraih kemenangan straight set untuk kedudukan 1-1.

Ketika kem negara di ambang penyingkiran hampir tersungkur dalam separuh akhir ketika regu terakhir, kebangkitan memukau sembilan mata dalam set kedua menghidupkan peluang pasukan kebangsaan berbaki set penentuan.

Bintang Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi Adnan, bertindak cemerlang menghalang percubaan dan merejam mengatasi tekanan, sekali gus mengecewakan Indonesia untuk keputusan 15-13 dalam set terakhir membawa Malaysia ke perlawanan akhir esok.

Malaysia akan bertemu Thailand bagi perebutan pingat emas.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas acara itu pada edisi 1990 di Beijing, China.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement