Perasaan hiba dan kecewa menyelubungi perasaan pemain negara.
Kem kriket lelaki kebangsaan menerima perkhabaran tak diduga apabila disahkan tidak layak ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya meskipun belum sempat turun beraksi berikutan tewas menerusi kedudukan semasa ranking dunia.
Terdahulu, perlawanan penentuan suku akhir itu ditangguhkan ekoran cuaca buruk, namun keputusan telah dibuat untuk membatalkan terus aksi tersebut.
Bangladesh akan mara ke separuh akhir, dan menyaksikan berakhirnya kempen Malaysia dalam temasya kali ini. Kontinjen negara tidak berpeluang turun ke padang dan bersaing untuk merebut tempat ke separuh akhir.
Berdasarkan ranking, lawan berada di tangga kelapan sementara Malaysia di tempat ke-25.
Perkara sama berlaku dalam satu lagi aksi di mana Sri Lanka mara secara automatik dengan ranking kesembilan menafikan hak Nepal yang berada di kedudukan ke-14 dunia.