Skip to main content

Sukan

TERKINI! Moto3: Hakim Danish terjatuh di pusingan pertama!

TERKINI! Moto3: Hakim Danish terjauh di pusingan pertama!

Harapan tinggi yang mengiringi pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli di GP Hungary Moto3 tidak kesampaian apabila dia terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas terlibat dalam kemalangan seawal pusingan pertama, sebentar tadi.

Hakim Danish yang memulakan perlumbaan dari petak ke-19 dilihat cuba memperbaiki kedudukan sejurus perlumbaan bermula, namun nasib tidak menyebelahinya apabila terlibat dalam pelanggaran bersama beberapa pelumba lain di kelompok tengah.

Insiden tersebut menyaksikan Danish gagal meneruskan perlumbaan selepas motosikalnya mengalami kerosakan akibat pelanggaran berkenaan.

Menurut laporan awal, pelumba negara itu terjatuh selepas terkena pelanggaran daripada pelumba Afrika Selatan, Ruche Moodley, dalam situasi yang berlaku cukup pantas ketika perebutan posisi di selekoh awal.

Keputusan itu pastinya mengecewakan kem negara memandangkan Hakim hadir ke Hungary dengan momentum cukup positif selepas mencipta podium pertama kariernya di pentas Moto3 minggu lalu di GP Itali.

Dalam perlumbaan di Mugello itu, Danish mencuri perhatian ramai apabila bermula dari petak pertama sebelum mempamerkan tunggangan matang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga — sekali gus menghadiahkan podium sulung buat dirinya di saingan dunia.

Walaupun kempen di Hungary berakhir lebih awal, prestasi keseluruhan yang dipamerkan pelumba muda itu musim ini tetap memberi petanda positif terhadap potensinya untuk terus mencabar kelompok hadapan Moto3.

Hakim Danish dijangka kembali ke litar bagi menghadapi pusingan seterusnya di Litar Masaryk, Czechia pada 21 Jun ini, dengan harapan dapat bangkit dan kembali mengutip mata kejuaraan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video