Penyerang Indonesia, Ole Romeny, menerusi laman Instagram miliknya berkongsikan kecederaan pada buku lali yang dihadapinya lebih teruk apa yang dijangkakan.
Pemain Fortuna Sittard berusia 26 tahun itu berpotensi akan terlepas mewakili Indonesia menjelang perlawanan persahabatan berdepan Jordan pada November depan sebagai persediaan sebelum Piala Asia 2027 nanti.
"Malangnya, kecederaan buku lali saya lebih teruk daripada yang dijangkakan pada mulanya.
"Saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali secepat mungkin... sentiasa akan kekal bersemangat." katanya.
Untuk rekod, Romeny merupakan antara tonggak utama John Herdman di jentera hadapan, dia meledak ketika Indonesia menewaskan Singapura 2-0 dalam aksi peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA untuk memastikan kemenangan pertama skuad Garuda.
