Di kala seluruh England bergembira diatas kejayaan Harry Kane membawa pulang anugerah Ballon d’Or, yang kali terakhir dimenangi oleh Michael Owen pada 2001 — ada seorang individu yang selayaknya turut diraikan bersama kapten England itu — dia adalah Katie Goodland.
Katie bukan sahaja sahabat, isteri atau ibu kepada empat orang cahaya mata buat Kane — Katie telah menjadi saksi kepada segala kerja keras bintang Bayern Munich itu sejak di bangku sekolah rendah sehingga akhirnya mendapat pengiktirafan anugerah berprestij ini.
Katie sentiasa menjadi pendorong kepada minat Kane dalam bola sepak — malah gambar Katie dan Kane ketika berusia sekitar 11 tahun bersama David Beckham, yang dirakamkan pada majlis pelancaran Akademi Bola Sepak lagenda England itu di London pernah tular.
Tidak hairanlah nama Katie antara yang pertama diluncurkan oleh Kane ketika berucap menerima trofi yang dikatakannya lebih didambakan oleh wanita yang dikahwininya sejak Jun 2019 itu, berbanding dirinya sendiri.
“Awak sentiasa mahukan yang terbaik untuk saya. Awak korbankan diri awak untuk bantu saya mencapai impian saya. Saya tahu ini adalah impian awak juga. Ia tidak akan tercapai tanpa awak”.
Sesungguhnya anugerah Ballon d’Or ini bukan sekadar trofi atau pengiktiran kerjaya tetapi seluruh kehidupan buat Kane dan juga Katie.