Skip to main content

Bola Sepak

(TERKINI) Liga Super: Aksi Penang-Selangor gelap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Lampu

Perlawanan Liga Super membabitkan Penang menentang Selangor terpaksa dihentikan buat kali kedua ekoran masalah lampu limpah di Stadium Bandaraya, ketika ini.

Menurut tinjauan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di lokasi, kegagalan lampu berfungsi sepenuhnya memaksa aksi ditangguhkan buat kali kedua.

Advertisement

Terdahulu, permainan tidak dapat dilangsungkan ekoran masalah sama pada awal minit, sebelum bersambung semula namun isu tersebut kembali berulang.

Setakat ini, Gergasi Merah mendahului 1-0 menerusi penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim.

Must Watch Video