Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Terkini Final Piala Dunia 2026: Sah! FIFA masuk campur kes gaduh bintang Argentina-Sepanyol

Brawl

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah melancarkan siasatan menerusi badan tatatertib mengenai insiden pergaduhan penuh huru-hara di antara pemain Argentina dan Sepanyol selepas wisel penamat dibunyikan dalam final Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Ketegangan memuncak selepas Sepanyol meraih gelaran Piala Dunia kedua mereka selepas 2010 hasil jaringan kemenangan oleh Ferran Torres. Argentina yang terpaksa bermain dengan 10 pemain akibat Enzo Fernandez yang dibuang padang kerana kad kuning kedua merencatkan momentum pasukan.

Kelihatan bintang Argentina, Leandro Paredes, tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.

Kedua-dua wakil pasukan berbalas tolakan dan terpaksa dipisahkan secara fizikal, dengan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni cuba menenangkan para pemainnya.

Punca sebenar kepada situasi tersebut tidak diketahui, namun ramai beranggapan ia adalah daripada provokasi oleh pemain-pemain terbabit.

Bentuk hukuman yang bakal dikenakan belum diketahui, dan FIFA sedang menilai kes tersebut sebelum menjatuhkan apa-apa tindakan.

Penggantungan atau bayaran denda buat pemain terlibat berpotensi menjadi hukuman berat yang boleh dikenakan.  

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video