Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: FAM tunjuk bukti surat rasmi FIFA, 5 Ahli Bersekutu wajib patuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Diaspora

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan Ahli Bersekutu yang terlibat berkenaan kebenaran sementara bagi tujuh pemain warisan Harimau Malaya untuk kembali bermain bola sepak.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran sebentar tadi melampirkan surat rasmi daripada FIFA yang menggesa persatuan atau badan induk yang terlibat untuk segera mematuhi keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) itu.

Advertisement

Persatuan Bolasepak Argentina, Federasi Bolasepak Columbia, Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol, Persatuan Bolasepak Diraja Belanda, termasuk Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) wajib cakna dengan arahan yang dikemukakan.

"Mereka perlu segera menarik balik penggantungan yang dikenakan di peringkat domestik dan benua.

Perkembangan ini bermakna ke semua tujuh pemain warisan tersebut dibenarkan untuk beraksi dalam saingan liga domestik, pertandingan peringkat benua serta menyertai sebarang aktiviti bola sepak yang berkaitan tanpa sebarang sekatan.

Namun, penghakiman penuh bakal diketahui nanti.

Tujuh warisan Harimau Malaya dibenarkan menyertai semula segala aktiviti bola sepak selepas CAS membenarkan permohonan mereka seperti dimaklumkan semalam.

Ini bermakna, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel boleh menyambung semula karier mereka buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

Perintah tersebut merupakan Penangguhan Pelaksanaan daripada penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September lalu.

Terdahulu, pemain diaspora negara itu menghadapi hukuman tersebut berikutan isu pemalsuan dokumen. 
 

Must Watch Video