Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah tidak perlu mohon maaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ang Li Peng

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2002, Ang Li Peng, menegaskan bahawa beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak perlu memohon maaf atas kekalahan mengejutkan dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam.

Kekalahan kepada gandingan muda Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, disifatkannya sebagai sebahagian daripada cabaran dalam persaingan peringkat tertinggi.

Advertisement

Li Peng berharap agar Pearly dan Thinaah kekal fokus kepada kejohanan mendatang dengan sasaran meraih lebih banyak gelaran, melepasi tiga kejuaraan yang dimenangi mereka sepanjang musim 2025.

"Mereka baru sahaja pulang dari Sukan SEA dan Final Jelajah Dunia, Pearly juga dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat, jadi saya fikir semua ini menjadi faktor penyumbang (kekalahan mereka)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Saya juga perlu katakan yang mereka tidak perlu memohon maaf kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.

"Saya dapat lihat betapa mereka terjatuh beberapa kali untuk menyelamatkan mata."

 

Must Watch Video