Skip to main content

Bola Sepak

Terbuka Malaysia: Man-Tee melangkah gagah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Man Tee

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mudah menewaskan gandingan bukan pilihan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, gandingan negara itu menguasai permainan sejak awal set pertama dan tidak pernah ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 21-9.

Advertisement

Sedikit kesukaran dihadapi mereka pada awal set kedua tetapi menuju ke penghujung, selepas kedudukan terikat 14-14, Man-Tee meraih enam mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 29 minit.

Mereka seterusnya akan menghadapi pemenang di antara pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-So Seung Jae, dan beregu veteran negara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, bagi penentuan ke separuh akhir esok.

"Badminton","Terbuka Malaysia","Man Wei Chong","Tee Kai Wun"

Must Watch Video