Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Man-Tee kandas di tangan beregu nombor satu dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man tee

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, terpaksa akur terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila tewas secara set langsung kepada gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Wei Chong dan Kai Wun ketinggalan pada awal set pertama tetapi menuju ke pertengahan saingan, mereka mula dapat mendahului lawan.

Advertisement

Bagaimanapun, ketika mendahului 17-15, mereka membenarkan lawan memperoleh enam mata berturut-turut untuk akur dengan kekalahan 17-21.

Wakil negara itu kemudian memulakan set kedua dengan gerakan kemas sehingga pada satu ketika mendahului 7-3 tetapi selepas kedudukan terikat 11-11, mereka tidak lagi dapat mendahului, sekali gus terpaksa akur kempunan untuk ke separuh akhir dengan kekalahan 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.

 

Must Watch Video