Taruhan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul wakil tunggal negara layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026.
Ini selepas beregu lelaki negara itu menewaskan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Isfahani, dalam aksi suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Advertisement
Aaron dan Wooi Yik membenarkan lawan menguasai awal set pertama tetapi selepas menyamakan kedudukan 18-18 mereka mempamerkan kepantasan luar biasa untuk menang 21-19.
Mereka kemudian memulakan set kedua dengan tujuh mata berturut-turut dan seterusnya mempamerkan penguasaan total untuk ke suku akhir dengan kemenangan 21-10, hanya dalam 34 minit waktu pertarungan.
Menanti mereka bagi penentuan ke final esok ialah satu lagi gandingan Indonesia, Fajar Alfian, Muhammad Shohibul Fikri.
Sebagai rekod, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas dalam suku akhir hari ini.