Juara bertahan dari Indonesia, Jonatan Christie, yang turun selaku pilihan keempat Kejohanan Badminton Terbuka Denmark tersingkir dalam pusingan kedua.
Jonatan tewas melawan kepada rakan senegara yang sedang meningkat naik, Alwi Farhan, menerusi aksi straight set, 13-21,15-21 dalam tempoh 36 minit.
Alwi, yang berada di ranking ke-10 dunia itu merupakan antara tonggak utama bersama Jonatan dalam skuad berpasukan Indonesia yang merangkul emas dalam acara badminton berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini.
Dia bakal meneruskan cabaran di Odense berdepan wakil tuan rumah di ranking kelima dunia, Anders Antonsen, malam nanti.