Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pusingan 32, Kejohanan Badminton Terbuka China 2026 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, sebentar tadi.
Mereka yang turun selaku pilihan kelima kejohanan berstatus Super 1000 itu menewaskan lawan dari Jepun, Ririna Hiramoto-Kokona Ishikawa, menerusi aksi straight set, 21-16,21-12 dalam tempoh 32 minit perlawanan.
Pearly-Thinaah yang giat mengasak lawan di ranking ke-29 dunia memaksa lawan kerap melakukan kesilapan mudah untuk menang 21-16 dalam set pertama.
#ChinaOpen2026
XD | R32#MAS 🇲🇾 Goh Soon Huat-Shevon Lai def. #JPN 🇯🇵 Hiroki Midorikawa-Misaki Matsutomo 21-15, 16-21, 21-19
⏱️ 49 mins
World No. 12 Goh-Lai progressed to the next stage after edging past the Japanese pair in a thrilling three-game battle.#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/HZkeEeMc8h— BAM (@BA_Malaysia) July 22, 2026
Masuk set kedua pula menyaksikan wakil negara meneruskan momentum mereka dengan meraih mata demi mata sekali gus menamatkan aksi set kedua dengan kemenangan 21-12.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membuka langkah kanan dengan melepasi halangan di pusingan pertama selepas menundukkan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Misaki Matsutomo, dalam aksi rubber set, 21-15,16-21,21-19.