Skip to main content

Bola Sepak

TERBONGKAR! Bagaimana LEGO himpun empat bintang terbaik dunia dalam satu iklan

Bagaimana LEGO himpun empat bintang terbaik dunia dalam satu iklan?

Fenomena iklan LEGO yang menampilkan empat bintang bola sepak dunia -- Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappé dan Vinícius Jr -- akhirnya terjawab apabila butiran di sebalik pembikinannya mula didedahkan.

Iklan yang tular menjelang Piala Dunia 2026 itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada kempen besar LEGO untuk memperkenalkan koleksi khas bertemakan bola sepak, sekali gus menghimpunkan ikon generasi lama dan baharu dalam satu platform kreatif.

Advertisement

Dalam video berkenaan, keempat-empat pemain digambarkan bersaing untuk melengkapkan binaan trofi Piala Dunia versi LEGO. Cristiano Ronaldo memulakan binaan, diikuti Vinícius Jr dan Mbappé sebelum semuanya cuba meletakkan figura mini masing-masing di atas trofi tersebut.

Namun, jalan cerita berubah apabila seorang kanak-kanak muncul dan melengkapkan binaan tersebut -- simbol bahawa bola sepak adalah milik semua, bukan hanya bintang di pentas dunia.

Kini, pembikinan iklan itu akhirnya memberikan persoalan ramai sebenarnya empat ikon bola sepak tidak hadir bersama dalam set tersebut. Sebaliknya, iklan itu dirakam menggunakan individu lain sebelum disunting semula menggunakan imej empat pemain tersebut.

Kempen ini bukan sekadar hiburan, sebaliknya merupakan strategi pemasaran global LEGO menjelang Piala Dunia 2026 dengan memperkenalkan set koleksi khas melibatkan keempat-empat pemain tersebut.

Set ini merangkumi mini figura pemain, model paparan serta elemen yang menggambarkan identiti dan perjalanan karier setiap bintang -- dari gaya permainan hingga nombor jersi mereka.

Tular di media sosial bahawa LEGO membelanjakan sehingga EURO22 juta untuk menghasilkan iklan tersebut dan menggabungkan empat bintang besar ini.

Namun, laporan menunjukkan dakwaan itu tidak mempunyai pengesahan rasmi dan berkemungkinan besar hanyalah spekulasi yang diperbesarkan di internet.

Kemunculan Messi dan Ronaldo -- dua legenda yang mendominasi bola sepak selama lebih sedekad -- bersama Mbappé dan Vinícius Jr dilihat sebagai simbol peralihan generasi dalam sukan tersebut.

Lebih menarik, gabungan ini juga memperlihatkan bagaimana bola sepak mampu menyatukan pesaing tradisi dalam satu naratif kreatif yang menghiburkan.

Iklan LEGO ini membuktikan bahawa gabungan nama besar, kreativiti dan momentum acara global mampu menghasilkan impak luar biasa.

Ia bukan sahaja berjaya menarik perhatian peminat bola sepak, malah mengukuhkan lagi kedudukan LEGO dalam dunia sukan menjelang Piala Dunia 2026.

Topik Berkaitan

Must Watch Video