Bekas kapten India, Bhaichung Bhutia, menggesa Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) memikirkan semula keputusan menarik diri daripada menyertai Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026.
Perkara itu susulan India dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang juara lima kali Piala Dunia, Brazil, bulan depan.
"Saya ingin tegaskan bahawa pasukan utama India harus pergi dan bermain dalam FIFA ASEAN Cup. Ia pertandingan yang jauh lebih baik daripada Kejohanan SAFF. Dari segi kewangan, anda juga mendapat yuran penyertaan dan, jika anda berjaya, terdapat hadiah wang yang lumayan untuk dimenangi.
"Lebih penting lagi, ia bagus untuk perkembangan pasukan. Tiga atau empat perlawanan kompetitif jauh lebih bermanfaat untuk pemain. Ia satu kejohanan yang bagus untuk para pemain beraksi.
⚽ The Indian men’s senior national team found itself at a crossroads as scheduling clashes could see the Blue Tigers miss the FIFA ASEAN Cup altogether.
India is scheduled to feature in the ASEAN Cup in Indonesia between September 24 and October 4, and is drawn in Group A of… pic.twitter.com/E7xIduBok4— Sportstar (@sportstarweb) August 6, 2026
"Brazil tetap Brazil, dan ia sesuatu yang hebat untuk bermain menentang mereka. Tetapi masanya tidak tepat.
"Anda hanya bermain satu perlawanan. Apa yang akan anda perolehi daripadanya dari segi pembangunan jangka panjang pasukan kebangsaan?" katanya.
Difahamkan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) cuba mengemukakan kompromi dengan menghantar pasukan India B-23 atau skuad India B sebagai pengganti ke kejohanan berkenaan.
Walaubagaimanapun, permohonan AIFF telah ditolak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Susulan itu, AIFF akan membuat keputusan tentang status mereka dalam kejohanan itu dalam masa terdekat.