Skip to main content

Berita Sukan Am

At-Taqwa Unity Fund Run 2026: Larian sambil beramal, eratkan ukhuwah komuniti

At-Taqwa Unity Fund Run 2026: Larian sambil beramal, eratkan ukhuwah komuniti
Advertisement

Menggabungkan elemen kecergasan, perpaduan dan kebajikan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bakal menganjurkan At-Taqwa Unity Fund Run 2026 pada 13 Disember ini.

Mengangkat moto “Satu Langkah, Seribu Kecergasan”, program itu bukan sekadar mengajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti larian, malah menjadi platform menyemai semangat perpaduan, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan komuniti.

Advertisement

Menariknya, sebahagian hasil kutipan daripada yuran penyertaan dan sumbangan akan disalurkan bagi menyokong dana operasi, pembangunan serta aktiviti pengimarahan Masjid At-Taqwa.

Penganjuran itu menawarkan dua kategori larian, iaitu 3 kilometer (3KM) dan 6KM, sekali gus membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, golongan belia dan penduduk setempat untuk turut serta mengikut kemampuan masing-masing.

Advertisement

Program yang akan berlangsung di perkarangan Masjid At-Taqwa itu bermula seawal 7.30 pagi dengan pelbagai pengisian disediakan untuk peserta dan pengunjung.

Antara pengisian utama termasuk solat Subuh berjemaah, tausiah khas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, sesi zumba, larian amal serta cabutan bertuah.

Selain memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah dalam suasana kebersamaan, program itu turut mengetengahkan peranan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti yang merangkumi aspek kerohanian, kesihatan dan kebajikan.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2026.

Pengambilan kit perlumbaan pula dijadualkan berlangsung pada 12 Disember, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, di Masjid At-Taqwa TTDI.

At-Taqwa Unity Fund Run 2026 diharap dapat menjadi wadah menyatukan masyarakat melalui aktiviti sihat, sambil menggerakkan sokongan orang ramai terhadap usaha pembangunan dan pengimarahan masjid.

Maklumat program
* Tarikh: 13 Disember 2026 (Ahad)
* Masa: 7.30 pagi
* Lokasi: Perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
* Kategori: 3KM dan 6KM
* Tarikh tutup pendaftaran: 30 November 2026
* Pengambilan race kit: 12 Disember 2026, 10 pagi hingga 6 petang

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video