Skip to main content

Bola Sepak

Tak Pernah Menang Anugerah Puskas tapi…

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tak Pernah Menang Anugerah Puskas tapi…

Messi memegang pelbagai rekod dalam bolasepak namun tahukah anda salah satu daripadanya adalah paling banyak pencalonan dalam Anugerah Puskas?

Kini menyarung jersi Inter Miami sejak 2023, pemain kebangsaan Argentina ini telah tercalon sebanyak tujuh kali, diikuti Neymar dengan lima pencalonan dan Zlatan Ibrahimovic dengan empat pencalonan.

Advertisement

Walaupun tidak pernah memenangi anugerah Puskas daripada FIFA, namun bekas pemain Barcelona berusia 38 tahun itu telah pecah rekod yang selama ini dipegang oleh legenda bolasepak antarabangsa Ferenc Puskas - inspirasi di sebalik anugerah Puskas - dengan bilangan assist terbanyak.

Puskas yang berasal dari Hungary telah mencipta sebanyak 404 assist, dikira sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman dan  bintang antarabangsa yang pertama menerusi sukan bolasepak,

Namun rekod itu kini pecah dengan kemenangan 5-1 Inter Miami ke atas New York City… walaupun Messi tidak jaringkan gol namun assistnya di gol ketiga yang dijaringkan oleh Matteo Silvetti bermakna rekod assist terbanyak kini adalah miliknya.

Lionel Messi….405 assist and still counting!

Must Watch Video