Skip to main content

Bola Keranjang

Tahap kesihatan bekas pemain import makin merosot di penjara Indonesia

kjk

Bekas pemain bola keranjang Oklahoma State, Jarred Shaw, yang sedang menjalani hukuman di penjara Indonesia berdepan detik sukar apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.

Pemain berusia 35 tahun itu yang merupakan pemain import liga bola keranjang di Indonesia itu berkongsikan mengalami simptom sakit perut, muntah, cirit-birit berterusan serta jangkitan bakteria dalam penjara Indonesia hampir setiap hari.

Advertisement

Terdahulu, dia didapati bersalah selepas melanggar undang-undang anti narkotik Indonesia susulan membawa masuk barangan terlarang gula-gula berasaskan produk ganja ke negara itu dengan alas an bagi melegakan penyakit Crohn (radang saluran penghadaman) yang dihidapinya itu.

 

 

 

"Saya telah melalui banyak perkara. Berurusan dengan kesihatan yang memberikan kesan kepada saya. Saya hanya mahu cuba Kembali ke pangkuan keluarga saya.

"Kesihatan saya semakin merosot. Berada dalam tahanan Indonesia tidak memberikan apa-apa kepada negara ini, terutamanya dengan penyakit Crohn saya ini.

"Saya rasa saya perlu berjuang setiap hari. Saya mohon maaf kerana melanggar undang-undang, saya mengabaikannya tetapi saya perlu menjaga kesihatan saya." katanya.


 

Must Watch Video