Skip to main content

SUKMA

Sukma: Sufi sasar dua emas daripada tiga acara balapan

Sukma selangor

Jaguh pecut kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2026, Ahmad Sufi Muhammad Faiezal, menyasarkan dua emas daripada tiga acara yang disertai, termasuk dalam acara yang dimenanginya di Sarawak 2024, iaitu 4x100 meter.

Berbekalkan latihan intensif sejak tahun lalu, Sufi percaya kuartet terkini Selangor mampu mengatasi catatan masa 40.86s yang dilakukan dua tahun lalu, sekali gus membantu kontinjen tuan rumah itu merealisasikan sasaran keseluruhan 80 pingat emas.

Atlet pecut itu, yang mempunyai catatan peribadi terbaik 10.86 saat dalam acara 100 meter, turut berkongsi keterujaan apabila sekali lagi berpeluang beraksi bersama idola pecutnya, Azeem Fahmi, dalam satu balapan menjelang temasya itu, yang akan membuka tirai 15 Ogos ini.

"Pada mulanya saya memang tidak sasarkan apa-apa kerana Sukma sebelum ini merupakan penampilan pertama saya dan saya agak terkejut dapat memenangi emas dalam acara 4x100m," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Misi saya untuk tahun ini, saya mahu pecahkan PB (rekod peribadi terbaik) dan mencuba untuk berada di kedudukan podium.

"Saya akan beraksi dalam dua acara dan mungkin boleh dapat dua emas."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video