Skip to main content

Bola Sepak

Sukma: Dua acara digugurkan

jefri ngadirin

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, mengesahkan dua acara digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 ekoran jumlah penyertaan kurang daripada enam negeri.

Menembak rapid fire berpasukan dan renang artistik sah digugurkan tetapi ada beberapa acara lain yang tetap diteruskan meskipun berdepan masalah kekurangan penyertaan.

Jefri menambah MSN akan menganjurkan kejohanan khas bagi renang artistik sebagai menghargai persiapan dan latihan intensif yang telah dilakukan barisan atlet yang akhirnya tidak dapat beraksi dalam Sukma.

"Bagaimanapun, ada acara yang kurang daripada enam penyertaan tetapi masih boleh dipertandingkan berdasarkan keputusan jawatankuasa tertinggi sebelum ini, di mana sukan dan acara Sukan Olimpik akan dipertandingkan," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Acara yang digugurkan termasuk rapid fire berpasukan, yang tiada dalam Sukan Olimpik dan kurang daripada enam penyertaan negeri.

"Sukan lain ialah renang artistik, yang mana hanya empat atau lima penyertaan sahaja.

"Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Renang Malaysia untuk menganjurkan kejohanan khas renang artistik bagi memastikan atlet yang telah berlatih sepanjang tahun untuk Sukma akan bertanding dalam kejohanan khas itu, di mana pihak MSN akan mengeluarkan peruntukan bagi kejohanan itu."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video