Skip to main content

Sukan Asia

Kontinjen Malaysia ulangi pencapaian terbaik dalam sejarah pentas Sukan Asia

Asia
Advertisement

Kejayaan Kontinjen Malaysia meraih sembilan pingat emas pada Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kali ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan dan menyamai rekod terbaik dalam sejarah penyertaan yang dicatatkan pada Sukan Asia Guangzhou 2010.

Pencapaian ini hadir hasil daripada prestasi konsisten atlet negara dalam beberapa cabang sukan, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu bersaing pada tahap tertinggi di pentas Asia.

Advertisement

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen Malaysia, khususnya barisan atlet yang telah memberikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang persiapan serta pertandingan.

Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, dan seluruh kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah memberikan sokongan penuh dan kepercayaan kepada MSN untuk program-program latihan dan persediaan yang telah dilaksanakan.

Advertisement

Namun, penghargaan ini tidak hanya terhad kepada atlet-atlet yang telah berjaya memenangi pingat.

Penghormatan yang sama juga kepada setiap atlet yang telah mewakili Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Anda semuanya telah memberikan yang terbaik dan membawa Jalur Gemilang dengan penuh semangat dan sikap bertanggungjawab.

Di sebalik setiap kejayaan ini pula terdapat barisan ‘wira di belakang tabir’ – jurulatih, pegawai sukan, pentadbir, petugas sains sukan, perubatan, pegawai pengurusan kontinjen serta keluarga atlet yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan sokongan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha secara kolektif. Atlet adalah watak utama, tetapi mereka tidak pernah berjuang bersendirian. Setiap pingat yang dimenangi turut menjadi milik jurulatih, pasukan sokongan, keluarga dan semua pihak yang telah membantu perjalanan mereka.

Pencapaian di Aichi-Nagoya 2026 ini juga satu petunjuk positif bahawa usaha pembangunan sukan berprestasi tinggi negara berada pada landasan yang baik.

Bagi MSN, pencapaian ini bukan noktah. Ia pemangkin untuk kita terus memperkukuh program pembangunan atlet, meningkatkan kualiti persiapan dan membina barisan atlet yang mampu bersaing secara konsisten di pentas antarabangsa.

Kita meraikan kejayaan hari ini, tetapi pada masa yang sama, kita perlu melihat ke hadapan. Setiap kejayaan harus menjadi asas untuk kita bekerja lebih keras, memperbaiki kelemahan dan membina kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Fokus seterusnya adalah untuk memastikan momentum ini diteruskan, bermula dengan mengejar sasaran muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA 2027 yang akan dilangsungkan di tanah air sendiri sebelum kita memperkasakan lagi persiapan bagi menghadapi temasya utama, Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), di mana kita berazam membutirkan pingat emas pertama untuk negara.

Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas pencapaian bersejarah ini. Terima kasih kerana perjuangan hebat anda semua. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Dari Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video