Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Syahmi Nor muncul atlet pertama negara angkat bebanan 200kg

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Syahmi Nor muncul atlet pertama negara angkat bebanan 200kg

Atlet angkat berat negara, Syahmi Nor, mencipta sejarah sukan angkat berat negara apabila melakukan angkatan 200 kilogram ketika meraih pingat perak di Sukan SEA Thailand.

Syahmi turun beraksi dalam kategori 94kg mempamerkan satu langkah yang belum pernah dicipta mana-mana atlet negara.

Advertisement

Melakukan angkatan clean & jerk dengan bebanan 200kg selepas 153kg untuk snatch, membenarkan atlet negara itu meraih pingat perak.

SEJARAH BARU 🇲🇾

Mohamad Syahmi Nor, atlet PERTAMA NEGARA angkat bebanan 200KG Clean & Jerk.

Paduuu laaah, 1st time EVER 🔥🔥🔥

Syahmi raih pingat Perak (94kg)
Snatch : 153kg*
Clean & Jerk : 200kg*
Total : 353kg*

*Perbaharui Rekod Kebangsaan Miliknya* @ASTROARENA pic.twitter.com/zrI4IoLUFW

— karlnunis (@_karlnunis) December 16, 2025

Emas milik wakil tuan rumah, Sumpradit Sarat manakala Tran Xuan Dung dari Vietnam melengkapkan podium.
 

Must Watch Video