Malaysia berjaya menempatkan diri di atas podium dengan meraih gangsa dalam acara wakesurf berpasukan campuran menerusi wakil negara, Ayden Yoong, Racheal Chew, Leong Yan Hou dan Low Yi Ning.
Barisan pemain lelaki, Ayden berada di ranking ketiga secara individu dan Yan Hou di ranking keempat pada pusingan kelayakan.
Advertisement
Manakala untuk ranking individu wanita pula, Yi Ning berada di tempat kedua dan Racheal Chew di tempat kelima pada pusingan akhir.
Bagi kapten pasukan wake surf, Yi Ning, ingin menjadikan persembahan ini sebagai platform untuk dia dan rakan sepasukan biasakan diri dalam saingan berpasukan supaya Malaysia tidak hanya hebat dalam acara individu sahaja.
"Barisan atlet negara mampu untuk menghasilkan kemahiran yang lebih sukar namun cuaca yang berangin menghalang kami untuk mempamerkan persembahan yang baik," katanya.
Sementara itu, saingan wake board pula. Sama seperti wake surf, tiada pencapaian yang dijelmakan kem negara.
Bagaimanapun, bagi jurulatih wake board negara, Nordin Saisi, ini merupakan pendedahan besar buat sukan wake board lebih-lebih lagi bergerak ke arah Sukan SEA Malaysia 2027.
"Pendedahan ini amat penting dan sasaran edisi 2027 saya mahu lihat lebih ramai menyertai sukan ini," ujarnya.