Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Skuad negara dijanjikan seunit rumah andai bawa pulang pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Condominium ganjaran MABA

Skuad bola keranjang negara dijanjikan habuan seunit rumah pangsapuri mewah seandainya dapat membawa pulang pingat emas daripada Sukan SEA Thailand bermula minggu depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock, sewaktu Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet bola keranjang negara di ibu negara semalam.

Advertisement

Ia sebagai pembakar semangat tambahan buat pemain dan tenaga kejurulatihan negara dalam usaha merealisasikan sasaran dua pingat yang ditetapkan.

Thailand, selaku tuan rumah, akan menganjurkan acara itu dari 13 hingga 19 Disember ini.


Bola keranjang,MABA,Sukan SEA Thailand,

Must Watch Video