"Kita sudah bersedia sepenuhnya dan mempunyai senjata rahsia bagi mencabar Filipina"
Demikian merupakan keyakinan yang dilontarkan Pengurus Pasukan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) negara, Simon Lim, yang mengakui menerusi data dan penyelidikan dilakukan, pasukan negara bersedia untuk mencipta sejarah mendapatkan emas pertama E-Sukan di temasya Sukan SEA Thailand 2025.
Advertisement
"Bagi saya kali ini kami ada senjata rahsia, kita memiliki Uni (Muhammad Danish Fitri Bin Razman) ramai tidak lihat corak permainan Uni.
"Tiada yang mustahil, jika mereka terus konsisten saya rasa kami boleh mencabar Filipina," katanya.
Laungan itu turut diluahkan Hazziq Danish Mohamad Rizwan yang lebih dikenali dengan julukan Stormie yang konsisten dengan penegasan pasukan Filipina mampu ditewaskan.
Dia yang masih segar dengan kejayaan dinobatkan selaku 'Pemain Paling Bernilai' dalam Kejohanan E-Sukan Dunia IESF 2025, perancangan terperinci sudahpun dilakukan bagi memecahkan dominasi Filipina yang sebelum ini dikategorikan antara kuasa besar dalam MLBB.
"Jika dilihat daripada IESF, kami sangat bersedia. Kami sasarkan emas." tambahnya.