Skuad e-sukan negara bagi judul Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) lelaki mengesahkan slot kemaraan ke grand final Temasya Sukan Sea Thailand, selepas cemerlang menewaskan Myanmar 3-1, semalam.
Pasukan kebangsaan yang dibarisi , Idreen Abdul Jamal (Explaner), Muhammad Haqqullah (Jungler), Hazziq Danish (Midlaner), Muhammad Qayyum (Roam) dan Ealtond Rayner (Goldlaner) bijak mengatur strategi yang ampuh serta pengawalan peta yang baik.
Advertisement
Malaysia pada awalnya selesa mendahului 2-0, namun dalam perlawanan ketiga kebangkitan Myanmar cetus kejutan sebelum aksi keempat Malaysia menoktahkan kemenagan bergaya.
Perlawanan akhir dijangka akan berlangsung sengit selepas Malaysia tewas 0-2 di peringkat kumpulan, rata-rata pemain Filipina dibarisi pasukan Team Liquid PH.
Malaysia bakal membuat perhitungan dengan Filipina jam 11.30 pagi esok.
Untuk rekod, Malaysia memperoleh pingat perak pada edisi 2023 di Kemboja.