Malaysia menambah bilangan pingat emas menerusi sukan karate yang berlangsung ketika ini.
Thevendran Kaliana Sundram yang beraksi dalam acara bawah 55 kilogram, bertemu wakil Vietnam, Chu Van Duc, mempamerkan serangan demi serangan dalam usaha mengutip mata.
Advertisement
Thevendran berjaya menamatkan saingan dengan keputusan 4-0 memihaknya sekaligus menambah koleksi pingat emas kontinjen Malaysia.
Dalam aksi wanita bawah 50kg, C. Shahmalarani turut memastikan pingat emas buat kontinjen negara apabila menewaskan lawan dari Myanmar, Florence Nay Chi Htun.
Secara keseluruhan, Malaysia telah meraih enam pingat emas.