Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Segala pengorbanan kini berbaloi -- Grace Wong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand

Berbekalkan semangat demi mengharumkan nama negara, hari ini Grace Wong melangkaui kemampuannya untuk terus mengungguli dalam enam balingan bagi mengatasi pilihan pertama dari Thailand.

Grace sendiri mengakui sasaran asalnya hanyalah pingat perak merujuk kepada kondisi fizikalnya selain persediaan ke Sukan SEA Thailand yang hanya mengambil masa selama tiga bulan sahaja.

Advertisement

Namun, ada rencana yang lebih baik di sebalik pengetahuan Grace yang memulakan 'sensasi supachalasai' dengan memecahkan rekod kebangsaan bermula dalam balingan kedua (63.53m), ketiga (65.09m) dan keempat (65.41m).
 

"Fizikal saya dalam keadaan tidak begitu baik, kemudian saya ternampak banyak bendera Malaysia dikibarkan (di stadium).

"Saya jadi bersemangat. Jadi saya pesan kepada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik untuk tidak memalukan Malaysia," katanya.

Di sebalik kemanisan yang diraih hari ini, banyak pengorbanan telah dilakukan Grace demi meletakkan nama negara di kedudukan terbaik.

 

 

 

Pada usia 25 tahun, dia masih berada dalam semester ketiga jurusan ijazah sains sukan dan senaman tatkala rakan seperjuangan yang lain sudah bergelar lepasan ijazah.

Atas setiap pengorbanan yang dibuat dalam pengajiannya, Grace menganggap segalanya terbayar pada hari ini.

"Saya terlepas kelas pengajian di UM (Universiti Malaysia) kerana berlatih lama di China.

"Sepatutnya pada umur 25 tahun, kebanyakan pelajar sudah tamat pengajian.

"Jadi saya rasa (pengorbanan ini) berbaloi," katanya. 

Must Watch Video