Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Saya menangis lihat Malaysia bermain -- Bintang Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aliff

"Sebenarnya saya menangis."

Penyerang bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Aliff Izwan Yuslan, sebak menyaksikan rakan sepasukannya berjuang dengan serba kekurangan ketika membenam Laos 4-1 pada perlawanan pertama bola sepak Sukan SEA Thailand minggu lalu.

Advertisement

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bintang Selangor itu mengakui situasi tersebut menjadi pembakar semangat untuk terbang ke Bangkok menjelang pertemuan kedua menentang Vietnam, esok.

"Kondisi saya setakat ini Alhamdulillah. Saya boleh meneruskan aksi menentang Vietnam.

"Saya harap kami boleh memberi 100 peratus (%).

"Saya menangis kerana berbangga rakan-rakan dapat melakukan kebangkitan dan meraih kemenangan.

"Saya berasa sedih kerana persiapan kami tidak begitu besar, selain menghadapi pelbagai kesukaran pemain termasuk masalah keluarga dan kecederaan.

"Vietnam adalah pasukan besar. Saya mahu menjaringkan gol," katanya. 

Must Watch Video