Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA Thailand: Siaran langsung (live streaming) Malaysia vs Laos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b23

Skuad bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) negara akan memulakan kempen Sukan SEA Thailand menentang Laos yang akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Sabtu ini.

Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan B turut akan menentang musuh tradisi, Vietnam, minggu hadapan (11 Disember).

Advertisement

Dengan sasaran mara ke separuh akhir, skuad kendalian Nafuzi Zain perlu meraih kemenangan selesa ke atas Laos dan mengekang cabaran Vietnam.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

SUKAN SEA THAILAND: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS LAOS

Tarikh: 6 Disember 2025
Saluran: Astro Arena Bola 2 (804)
Lokasi: Stadium Nasional Rajamangala
Masa: Bermula 4.50 petang
 

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
 

Must Watch Video