Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Sekarang tak mahu nangis -- Pearly Tan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pearly

"Saya hanya mahu mendengar lagu NegaraKu di Thammasat."

Itu impian beregu wanita negara, Pearly Tan, yang membawa kepada kejayaan emas pertama kategori itu, sekali gus mengakhiri kemarau 10 tahun.

Advertisement

Semangat enggan menyerah menyaksikan hasrat ranking kedua dunia itu terlaksana selepas berhempas pulas selama 86 minit sebelum mencipta kemenangan manis, termasuk kilauan emas pertama mereka dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA).

Pearly Tan mengakui pada satu ketika dia terlalu keletihan, namun semangat yang dibawa Thinaah mendorongya untuk kembali kuat merealisasikan impian untuk memahat nama selaku penyumbang emas Malaysia dalam penampilan pertama kejohanan dwitahunan itu menerusi kemenangan 21-16,19-21,21-17.

"Saya hanya mahu lagu NegaraKu berkumandang.

 

 

"Saya tidak mahu mudah mengaku kalah. Saya sangat gembira.

"Saya hampir menitiskan air mata, kerana sangat letih.

"Saya tidak terlalu memikirkan apa-apa, kerana sangat gembira mendengar lagu kebangsaan.

"Sekarang, saya tidak mahu nangis lagi," katanya berseloroh kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. 
 

Must Watch Video