Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Saya hampir putus asa -- Masalah kecederaan tak halang Zakiah Adnan raih gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zakiah

Atlet karate wanita negara, Zakiah Adnan, terpaksa menempuhi perjalanan yang berliku untuk sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa buat negara menerusi acara kumite bawah 68 kilogram di Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Zakiah yang mengalami beberapa siri kecederaan tahun ini memberikan penangan hebat buat Zakiah tahun ini, namun sokongan keluarga, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan lonjak semangat perjuangannya.

Advertisement

 

 

 

"Ketika itu saya rasa berpuas hati kerana mengalami kecederaan sepanjang tahun, sekarang masih tetapi saya tahan sahaja.

"Masa berlatuh kurang dan hari ini semuanya berbaloi. Saya hampir rasa putus asa, tetapi pertolongan jurulatih dan bantuan ibu membantu saya." katanya.

Must Watch Video